new

new

Saturday 8 December 2012

HIDUP

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah k
eredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALLAH.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.

Semoga setiap yang berlaku menjadi peringatan

No comments:

Post a Comment